Apakah i-BR1M?

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful.

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?

Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.

Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?

Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut
Apakah manfaat-manfaat i-BR1M?

Manfaat adalah seperti berikut:

Manfaat Perlindungan Jumlah Dibayar Keadaan di mana manfaat-manfaat yang tidak dibayar
Kematian Bukan Akibat Kemalangan RM1,000 Manfaat tidak akan dibayar jika kematian/ kemalangan disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana keadaan yang berikut:
  • membunuh diri, cubaan membunuh diri atau mengakibatkan kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman; atau
  • di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau penyalahgunaan dadah selain daripada yang ditetapkan secara sah oleh Pengamal Perubatan; atau
  • hilang upaya bermula atau wujud sebelum 1 Januari 2014; atau
  • keadaan sedia ada.
Kematian Akibat Kemalangan RM30,000
Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan * RM30,000

* Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan adalah berdasarkan keadaan yang bermaksud seperti berikut:

  1. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata; atau
  2. kehilangan sekurang-kurangnya dua (2) anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau
  3. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada sebelah mata dan hilang salah satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali.
Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?

Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:

  1. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
  2. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my
  3. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Tuntutan Kematian Tuntutan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan
  1. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan
  2. Sijil Kematian
  3. Salinan laporan polis yang disahkan (untuk tuntutan Kemalangan)
  4. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat
  5. Bukti hubungan penerima manfaat
    1. Pasangan - SIjil Perkahwinan
    2. Anak - Sijil Kelahiran
    3. Ibu bapa
    4. Adik beradik
  1. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan
  2. Salinan Kad Pengenalan penerima BR1M
  3. Salinan laporan polis yang disahkan
  4. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat
  5. Bukti hubungan penerima manfaat
    1. Pasangan - SIjil Perkahwinan
    2. Anak - Sijil Kelahiran
    3. Ibu bapa
    4. Adik beradik

Kemukakan borang tuntutan i-BR1M bersama-sama dengan semua dokumen yang disenaraikan di atas di mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan pengendali Takaful seperti senarai di bawah.

Pengendali Takaful
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (www.takaful.hsbcamanah.com.my) Prudential BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my)
AmFamily Takaful Berhad (www.amtakaful.com.my) Sun Life Malaysia Takaful Berhad (www.sunlifemalaysia.com)
Etiqa Takaful Berhad (www.etiqa.com.my) Syarikat Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com)
Great Eastern Takaful Bhd (www.i-great.com) Hong Leong MSIG Takaful Berhad (www.hlmsigtakaful.com.my)
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (www.takaful-ikhlas.com.my) MAA Takaful Berhad (www.maatakaful.com.my)

Bilakah tuntutan akan dibayar?

Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti berikut:

Nota: Sila ambil perhatian bahawa pernyataan ini berfungsi sebagai maklumat asas dan ia tidak akan dianggap sebagai kontrak takaful dan/ atau nasihat pakar. Terma-terma dan syarat-syarat terperinci i-BR1M dinyatakan dalam Sijil Induk dan boleh didapati di www.malaysiantakaful.com.my